Sunday, June 29, 2008

Jasa Ayah dan Bonda

Jika ingin tahu setakat mana kasih sayang ibubapa kita terhadap kita tunggulah sehingga anda memperolehi anak. Setakat mana anda sayang terhadap anak anda begitulah juga ibubapa kita menyayangi kita.Berapa jam ibu kita berjaga malam untuk menyusui kita dan berjaga malam menampar nyamuk yang menggigit kita, berapa kali ibu dan bapa kita memandikan kita dan membasuh najis kita, berapa kali nasihat ibubapa kita yang tidak kita endahkan, berapa banyak wang dan masa yang telah dihabiskan untuk mendidik dan membesarkan kita sehingga kita berada di kedudukan sekarang.Berapa kali dalam sebulan kita menziarahi mereka dan mencium tangan dan memeluk mereka sebagai tanda terima kasih dan berapa kali dan berapa banyak kita menghulurkan wang kepada mereka dalam sebulan. Haruslah diingat kadang-kadang kita lupa akan tanggung jawab kita sebagai seorang anak, berbaktilah kepada mereka selagi hayat masih ada,bila sudah kehilangan barulah dirasai pada waktu itu semuanya sudah tidak berguna lagi. Masih belum terlambat untuk melakukan sesuatu untuk ibubapa kita.....................jasa yang tidak ternilai harganya belum berbayar.....................................

Nasihat Tok Nenek 2

Hidup ini ibarat roda kadang-kadang kita diatas dan kadang-kadang kita dibawah.
Maksudnya kedudukan kita kebiasaannya tidak akan kekal samada kita di atas atau di bawah, kita disanjung atau dihina. Masa yang akan menentukannya, jadi kita jangan menghina orang yang kedudukannya lebih rendah dari kita mungkin pada suatu ketika dia akan berubah kedudukan dan berada lebih tinggi dari kita dan jika kita rasa kedudukan kita sekarang adalah rendah berusahalah untuk memperbaiki keadaan untuk ke kedudukan yang lebih tinggi.Harus diingat berada di kedudukan tinggi kadang-kadang kalau jatuh adalah lebih sakit dan kadang-kadang tidak di pandang orang walaupun sebelah mata. Semoga dijauhkan Allah....Insyaalah

NASIHAT TOK NENEK

Jika melihat bintang dilangit jangan lupa rumput dibumi.
Maksudnya dalam mengejar cita-cita yang tinggi jangan kita lupa bahawa ada ramai orang yang kedudukannya adalah lebih rendah dari kita. Jadi seharusnya kita harus bersyukur dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepada kita